Tuesday, 18 July 2017

bukan supermak

when we got khayla, our 1st born, 1st baby..

oh my... aku sendiri mengaku betapa overnya aku dalam menjaga dia. this cannot. that cannot. aku overprotective, overreacting , aku cepat sentap dengan orang keliling. bagi aku, orang luar tak faham kekdah aku menjaga anak. orang tak tau betapa aku nak melindungi anak aku... sampaikan aku kekadang wasap tanya kawan2, am i doing the right thing with her? en.faris, jgn cakap la.. dia manjakan khayla lebih dari aku.anak pompuan katekan..princess katenye...

mittens dia pon, aku bukak masa dia 4-5 bulan.tu pon takut2 jugak. takut muka dia calar la, takut jari dia cucuk mata la...makan tak pernAH tak suap. baju tu tak pernahnya comot macam budak lain.

and so far, walaupun dia membesar dengan sempurna (alhamdulillah), masa dia 2 1/2 tahun, dia mula tunjukkan kesan dari sikap aku laki bini. contoh , dia tak nak makan sendiri. kena suap. klu tak suap, mmg nan hadooo la dia nak makan.. dia sangat geli dengan habuk. especially habuk kipas siling. ada 1 masa , aku balik kampung, dia jerit "ibu! kipas wawa (nenek) kotor la..eeee..."---- nasib baik mak aku tak dengar. kalau tak, mesti dia kecik hati....

kasut- dia x reti sarung kasut sampai dia 3 tahun. so kami tpaksa beli sandal crocs untuk dia pakai ke mana2.. i started to worry..

tapi since aku bersalinkan izz, aku tak nak buat cara yang sama.. mittens dia 2 bulan dah bukak. aku bagi dia terlentang main depan tv . bila izz dah setahun, aku bagi dia main kotor sikit2.sikit-sikit je la. sebab aku pon tak koser nak bersihkan kalau berkecah sangat. makan pon aku takde la cerewet sangat. apa dia boleh makan, aku bagi je. as long as tak terlampau berlebihan... coklat ke, aiskrim ke, aku bagi je. tapi tak selalu la..

dia merangkak, nk belajar jalan pon jap2 terlentang (takde la kuat sebab aku alas bantal keliling selalunya)  .. hasilnya, cepat dia jalan. pandai makan sendiri, dan dia faham apa yang kami arahkan (buang sampah, masuk baju kotor dalam bakul etc) . and he is daredevil. semua tak takut. gelap gelita pon dia redah. macam junk food ni, dia kurang. aiskrim pon dia x berapa minat... mgkin sebab dia dah rasa..so dia tak hadap sangat...

things took turn pretty fast. dan at the same time, aku pon buat perkara yang sama kat khayla... aku biarkan dia makan sendiri, buang air sendiri (tak payah temankan) , dan aku bagi dia main kotor sama dengan adik... bagi dia makan apa sahaja dia mau... tapi, dia punya craving kt junk food tu jadi BERLEBIHAN. aku rasa sebab silap aku terlampau over sangat tak bagi makan sampai dulu dia kempunan.. so bila dapat makan, dia jadi excited... my mistakes.

orang kata, supermak2 berkata dalam blog, tak leh bagi minum manis time anak batuk, tak boleh bagi coklat time anak demam, batuk, kahak...tak boleh bagi air ribena blablabla...
ya..mereka betul..sebab itu anak2 mereka... dan cara mereka sangat berkesan...
tapi aku aku perhati anak-anak aku...sepanjang aku buat home remedies ke ape, tak jalan... mgkin anak aku takleh masuk kot cara tu...

to be honest, sejak doktor kat hospital cakap "anak u demam. dia nak minum apa, bagi je. sirap, ribena, bagi je. asalkan badan dia tak dehydrated. as long as it is liquid form. air jugak.sama je. "
aku rasa macam terkena lempangan pulak dr doc tu..haha! apsal pulak aku tak terpikir kan? bukan susah pon. bancuh ribena toksah la pekat2. sirap tu takyah la manis sangat. asalkan anak aku nak minum.

so, dari situ, aku took matters on my own hand la. bagi je la air ape dia nak..biasanya dia minum sirap ke, oren ke..guava...tapi, milo memang aku tak bagi. sebab nanti tekak dia lagi melekit and berkahak...

jadi aku consider diri aku BUKAN supermak.

so far, alhamdulillah..maybe sebab dia pon makin besar, so dah kurang demam..kadang 3-4 bulan sekali. itupun tak lama... mungkin betul jugak orang tua2 cakap. jangan "manjakan" sangat bila anak tak sihat... bukan maksud dorang manjakan dari segi mentally, tapi dr segi pemakanan, pergerakan...

see? bukan semua nasihat orang tua tak boleh digunapakai untuk zaman sekarang. masih ada yang relevan... kalau masuk hospital kerajaan, air milo pon dorg bagi. kalau swasta, dia siap ada menu ayam masak merah lagi...hihi..:)


Tuesday, 4 July 2017

MIGRAINE DI HARI RAYA

3 hari sebelum raya, adik aku ajak berbuka kt luar sebab dia nak sambut birthday anak dia. gigih la dia booking nasi arab kt kedai tu..sampai2 kat sana, depa cakap kami takde order. dah le lapar, order tak ada pulak. nasib baik la ade table untuk kitorg. (lagipun budak tu dah takut sebab kitorg masing2 dah menyinga lapauuu). aku plak dgn blur2 , pegi order NESCAFE AIS.
padahal punya la lama aku dah stop nescafe ni. berbulan la bebas nescafe. kalau ketagih sangat pon, kopi susu je. sebab aku pikir, malam tu aku nak kena packing baju nak balik kedah...encik faris plak kena kerja 24jam...so dia takleh bantu aku. aku kena buat last minute la jugak sorang2... kompom la kemas baju untuk 4 orang ni, makan masa 2 jam gitu...

ok setel. balik rumah, leher aku tetibe lenguh. lenguhnyaaaa yg amat. aku blame nescafe la mase ni. pastu aku blame diri sendiri jugak...sebab last minute packing baju, stress kan. weh, kau hengat tak stress???? 
meh aku share 1 post dr fb dan viral ke blog ni, mmg terbaik huraian dia. btepatan dgn situasi aku.


haaa...baca dan hadam ye...


ok sambung.
esoknya, last day kena kerja. aku dah telan panadol actifast 2 bijik. biasanya lepas tu ok dah...eh takkkk...melarat sampai malam. malam tu, lepas berbuka kami gerak balik kampung. en.faris mngadap jem, aku bantai tido. berdenyut2 kepala ni toksah habaq la..tak dapat aku nak describe. jangankan nak berjaga, nak bukak mata pon tak larat. bukak mulut nak bercakap pon rasa malas. 

pukul 6 pagi, dah sampai umah mother in law (mil) , aku tido. ni kemuncak ni... pagi tu wallahi, aku sakit kepala sampai nak menangis! terus terfikir, "eh, migraine ke aku ni? mustahil la..aku tak pernah kena migraine" --- denial ye. kebanyakan kes2 last minute jadi teruk ni, semua sebab denial. tak nak mngaku kau tu sakit!
aku tidoooo je sehari sebelum raya tu... kak ipar aku, mil aku, en.faris je yg handle anak2. aku buat yg ringan2 je. aku bangun, mandi, tido balik.tu je keje aku. last2 en.faris gesa pi klinik... maybe sebab dia pon tak pernah tengok bini dia ni jadik pemalas tetibe, membongkang je kan.

sampai klinik, check2 darah. doktor cakap darah rendah...(ya, aku letih..plus, aku puasa). banyak faktor katanya... letih berpuasa pon ye..letih bangun sahur, siapkan anak ke sekolah, ke babysitter, kemas rumah, kemas baju, tak cukup tido...mngadap komputer..tu semua trigger jugak tu... tapi tahun ni punya puasa, lain macam betul letihnya.. mmg la en.faris tu tolong jugak.tapi aku ni bukan robot....mental dan fizikal aku ni bila dah diperah habis, jadi jammed la kan... 

dgn sadisnya, 3 jenis ubat, rm50. cisss... kedarah btl. klinik cikai je pon. kentut kt luar tu, org dalam pon blh dgr. tp cas mcm kt gleneagles plak. redha. sebab tu je klinik yg bukak petang2 raya kan.
balik rumah, makan ubat, reda sekejap je. halahaiiii.... xde effect. siap aku demam plak tu. en.faris sampai pelik. aku ni balik kedah je, demam... teruk nau tukar angin.. kalau pi london tu, tah camane la gamaknye. beku kot.

disebabkan ipar2 lain semua beraya di rumah mil memasing, maka tinggal la aku dgn kak ipar aku yg sorang je...1st raya tu, toksah kate la...gigih tpaksa bangun jugak melayan tetamu. kak ipar aku layan.aku tlg buat air je. orang belakang. haha! even kepala berdenyut mcm nk pecah. 

tanda2 migraine aku ni..
-sakit depan kepala, sampai melarat ke tengkuk
-aku takleh berjalan. bila bjalan je, otak aku rase nk tkluar dr tengkorak. 
-seluruh muka dan tengkuk rasa kebas. 
-aku takleh tengok tempat terang (dah la musim panas kt kedah) . berpinar+btambah ngilu kepala aku ni.
-muntah, muntah 2 kali. mcm banyak angin
-percakapan aku jadi kurang jelas. orang dengar macam aku 'muttering' ,padahal aku bercakap dengan dorang. sebab aku tak boleh cakap kuat2, dan lidah aku jd mcm keras sikit. 

disebabkan ubat doktor bagi tu kurang berkesan, aku google cara2 lain pulak. kau nak tau, nk google ni, aku terpaksa ajak en.faris drive ke jalan besar, 3 kilometer dr umah mil aku! (maxis,digi,celcom,altel dan lain2 telco, sila la pasang pencawang ye). so aku buat la sikit tips2 tu..

-sapu minyak angin. aku guna minyak freshcare roll on ni...aku guna lavender je. bau lain tak masyukk... roll kt dahi, tepi telinga, pastu belakang tengkuk. takyah sapu dengan tangan.

-kain basah. aku standby kain tuala kecik, basahkan dan letak kt muka. lap kat bahu, tengkuk, kepala. memang berminyak je muka aku sepanjang hari raya hr tu. tak berseri langsung. haha!

-mandi. kalau biasenye mandi 3 kali time kt sna, aku up mandi 4 kali sehari.

-sujud lama2. aku sujud lama sikit dari biasa. kalau bukan waktu solat pon, aku sujud gak. especially time dia berdenyut tu. terkejut en.faris bila tengah malam aku bersujud atas katil.. haha!

bila dah berkurang, raya ke-6 tu, aku pegi farmasi. sebab farmasi dah bukak. aku beli ubat tahan sakit yg paling kuat. sebab aku tak larat nk membongkang je atas katil. 
berkesan betul. sebijik je terus lega. 

tapi aku nasihatkan, jgn bergantung kt painkiller ni... bahaya okeh! lepas makan tu, dh lega, dah boleh buat kerja, ok lah. stakat sakit2 sikit tu, takyah makan. takut nanti kau bergantung pada ubat je.

untuk korang yang tak pernah kena, jgn syok sangat... benda ni boleh mnyerang dgn tiba2 je. aku ni pon sampai hari ni masih in disbelief aku kena migraine. dah beranak 2 pulak tu.... tapi aku berdoa, semoga tak kena kerap la...ya allah..serik woi! nasib baik mil dan sil aku semua paham sebab dorg pon rajin kena. kalau dapat family mertua yang tak paham, kompom kena cop pemalas! 

selamat hari raya nohhhh... salam 0-0.. :)

DILEMA MUKA

kulit muka aku ni jenis tak banyak masalah la time memuda, time bujang dulu.
kalau jerawat pon, sebijik2 je. pastu tak obvious dan berjaya jugak la tutup dgn foundation... kah!

cuma mungkin sebab dah makin berusia, aku mula concern dengan kulit yang tak berapa nak glowing ni kan. al-maklum la...anak pon dah keluar 2.. muahaha!

sebelum dan selepas nikah, aku pakai FAIR & LOVELY. tapi lepas sekian lama setia dengan produk tu, aku tengok kualiti makin down plak. pastu kulit aku macam tuuuu la jugak. makin birat ade la. blackheads, whiteheads ni toksah kata.... makin lama makin banyak.

disebabkan aku ni pesen tak menyabar, nak cepat je. kalau boleh hari ni pakai, esok nak glowing2 dah. haha! (sakai). aku terus beralih kat produk babies blink. sebulan pakai trial set, ok. ok sangat! kemain cerah kulit aku yang si tampuk2 bontot kuali nih... tapi disebabkan dan viral pasal produk ni, bahaya la, ade kandungan apejadahakutaktausebut tu,,aku stop. kebetuan masa tu aku mengandung anak kedua. opkos la tak nak tinggikan risiko bahan kimia ke ape kan. 

lepas bersalin, aku tukar produk lain. disebabkan berdentam dentum iklan mcm good2 kat radio, kat tv, dari hati turun ke hati bagai, aku tukar ke tati skincare. 
no bad! trial set, good. masuk pembelian kali kedua, semua ketahian. area tepi muka aku penuh jerawat. blackheads bersepah2 kat bekas jerawat2 tu. kulit rasa tak sekata. hidung licin, dahi jerawat. breakout tu melarat ke bawah dagu, pipi, omaigaddddd!!! aku gigih jugak, beli full set lg.. aku blame diri aku..konon mungkin cara aku pakai tak betul ke ape...
lepas tu, keluar kt facebook basal night cream dia pon ada chemical berbahaya... (no wonder la breakout teruk. sebab aku selalu pakai night cream ni). night cream ni la yang dok hakis kulit muka aku sampai jadi over sensitive-kot.

atas nasihat kazen, aku tukar. tapi kali nih aku take it slow. very slow. 
1 MINGGU AKU TAK PAKAI PRODUK APA-APA . pegi kerja pakai bedak baby talc je. dalam 1 minggu tu. kurang terus jerawat aku. 

lepas 1 minggu lebih mcm tu, aku terus pegi beli produk...jengjengjenggggg....SAFI RANIA !!!!
excited nak bagi review kat sini sebab so far, dah few months, sangat2 ok. harga pon tak la mahal sangat..affordable la jugak... dan kalau kau skip 1-2 hari pon, kulit kau tak menggerutu la mcm produk lain kan!

DEEP MOISTURIZING CLEANSER / PEMBERSIH WAJAH LEMBAPAN MENDALAM -- dulu aku main pakai je. asalkan cleanser. tapi sejak aku pakai yg "lembapan mendalam" ni, baru aku tau, sangat la tak sama dengan cleanser lain okeh! lepas cuci tu, muka terasa lembap, pastu lembutttt je. tak payah pakai banyak pon. tak perlu tekan pam tu sampai bawah. sikit dalam saiz 1 cm je, dh boleh cuci seluruh muka (unless kau pakai mekap tebal, kena la ulang 2 kali cucian ye).

DAY CREAM / KRIM PELEMBAP SIANG  -- krim ni sangat halus tekstur dia. pastu tak pekat sangat. means kau calit2 sikit pon, dah boleh sapu seluruh muka. bau dia, wangi yg amattttt... lepas tu cepat meresap dalam kulit. 

BEAUTY CREAM / KRIM KECANTIKAN -- pengganti foundation. untuk kaler kulit macam aku , boleh la guna krim ni. sesuai untuk asian skin toned. kaler kuning langsat cmtu.kalau gelap, aku tak rekemen pakai. kang jadi kelabu pulak. tapi krim ni tak wajib pon. sebelum aku beli krim ni, aku pakai day krim sahaja, pastu tepek bedak. tu pon boleh. ni untuk extra sahaja. 

BOOSTER MIST / SEMBURAN BOOSTER -- ni pon tak wajib. aku beli pon baru2 ni je. benda ni water based . fungsi booster mist ni untuk spray kalau muka kau rase kering, dan untuk mekap tahan lama. aku bbiase pakai lepas mekap. spray, pastu biarkan kering sendiri. boleh la tahan sikit mekap sampai tengahari sebab aku kan mekap tak tebal...so far, aku suka. dan aku mmg keep dalam handbag je mist nih.

NIGHT CREAM / KRIM PELEMBAP MALAM -- ni wajib ada. malam lepas cuci muka, kau pakai ni. sama jugak macam day cream, tapi night cream mahal 2-3 ringgit la. lepas pakai, kau tido. esok tu muka rase soft je. night cream ni jugak la me-repair kulit2 kau waktu kau tido. sebab tu mahal sikit dan wajib pakai. 

MEN'S BIORE DOUBLE SCRUB --ehhh...terselit plak brand ni kan? hahaha! aku pakai scrub ni seminggu 2 kali. MEN'S punya okeh! sebab sepanjang hidup aku beli scrub2 untuk wanita ni, tak berkesan kat kulit muka aku. maybe kulit aku ni cap boye ke hape, lantak lah.. janji elok..kah! 


benda baik...dan serasi, aku rekemen la kt korang. lagipun produk2 ni murah dan berkesan. at least affordable la untuk cheapskate mcm aku ni..hahaha! bila aku pakai, dgn krim ,scrub, nampak kesan, aku hepi.. sebab kesan positif. since aku pakai semua ni secara teratusr, liang pori pon makin kecik, kulit rasa lembut, whiteheads dan blackheads pon kurang..masih ada, tapi dah kurang.so, tak salah aku share kan... 

tapi kena tau, produk2 mcm ni, mmg makan masa nak tunjukkan kesan positif..aku pakai ni, dalam sebulan lebih, baru la nampak kesan..jangan gopoh nak cantik cepat, nak flawless.. there are no such thing as flawless skins. NEVER. so jangan terpengaruh sangat... even produk SKII tu pon tak janjikan kesan positif dalam 2-3 hari.. apetah lagi produk2 thailand dan china yg korang beli tu..

so, silalah cuba ye...berbaloi..:)