Tuesday, 4 July 2017

MIGRAINE DI HARI RAYA

3 hari sebelum raya, adik aku ajak berbuka kt luar sebab dia nak sambut birthday anak dia. gigih la dia booking nasi arab kt kedai tu..sampai2 kat sana, depa cakap kami takde order. dah le lapar, order tak ada pulak. nasib baik la ade table untuk kitorg. (lagipun budak tu dah takut sebab kitorg masing2 dah menyinga lapauuu). aku plak dgn blur2 , pegi order NESCAFE AIS.
padahal punya la lama aku dah stop nescafe ni. berbulan la bebas nescafe. kalau ketagih sangat pon, kopi susu je. sebab aku pikir, malam tu aku nak kena packing baju nak balik kedah...encik faris plak kena kerja 24jam...so dia takleh bantu aku. aku kena buat last minute la jugak sorang2... kompom la kemas baju untuk 4 orang ni, makan masa 2 jam gitu...

ok setel. balik rumah, leher aku tetibe lenguh. lenguhnyaaaa yg amat. aku blame nescafe la mase ni. pastu aku blame diri sendiri jugak...sebab last minute packing baju, stress kan. weh, kau hengat tak stress???? 
meh aku share 1 post dr fb dan viral ke blog ni, mmg terbaik huraian dia. btepatan dgn situasi aku.


haaa...baca dan hadam ye...


ok sambung.
esoknya, last day kena kerja. aku dah telan panadol actifast 2 bijik. biasanya lepas tu ok dah...eh takkkk...melarat sampai malam. malam tu, lepas berbuka kami gerak balik kampung. en.faris mngadap jem, aku bantai tido. berdenyut2 kepala ni toksah habaq la..tak dapat aku nak describe. jangankan nak berjaga, nak bukak mata pon tak larat. bukak mulut nak bercakap pon rasa malas. 

pukul 6 pagi, dah sampai umah mother in law (mil) , aku tido. ni kemuncak ni... pagi tu wallahi, aku sakit kepala sampai nak menangis! terus terfikir, "eh, migraine ke aku ni? mustahil la..aku tak pernah kena migraine" --- denial ye. kebanyakan kes2 last minute jadi teruk ni, semua sebab denial. tak nak mngaku kau tu sakit!
aku tidoooo je sehari sebelum raya tu... kak ipar aku, mil aku, en.faris je yg handle anak2. aku buat yg ringan2 je. aku bangun, mandi, tido balik.tu je keje aku. last2 en.faris gesa pi klinik... maybe sebab dia pon tak pernah tengok bini dia ni jadik pemalas tetibe, membongkang je kan.

sampai klinik, check2 darah. doktor cakap darah rendah...(ya, aku letih..plus, aku puasa). banyak faktor katanya... letih berpuasa pon ye..letih bangun sahur, siapkan anak ke sekolah, ke babysitter, kemas rumah, kemas baju, tak cukup tido...mngadap komputer..tu semua trigger jugak tu... tapi tahun ni punya puasa, lain macam betul letihnya.. mmg la en.faris tu tolong jugak.tapi aku ni bukan robot....mental dan fizikal aku ni bila dah diperah habis, jadi jammed la kan... 

dgn sadisnya, 3 jenis ubat, rm50. cisss... kedarah btl. klinik cikai je pon. kentut kt luar tu, org dalam pon blh dgr. tp cas mcm kt gleneagles plak. redha. sebab tu je klinik yg bukak petang2 raya kan.
balik rumah, makan ubat, reda sekejap je. halahaiiii.... xde effect. siap aku demam plak tu. en.faris sampai pelik. aku ni balik kedah je, demam... teruk nau tukar angin.. kalau pi london tu, tah camane la gamaknye. beku kot.

disebabkan ipar2 lain semua beraya di rumah mil memasing, maka tinggal la aku dgn kak ipar aku yg sorang je...1st raya tu, toksah kate la...gigih tpaksa bangun jugak melayan tetamu. kak ipar aku layan.aku tlg buat air je. orang belakang. haha! even kepala berdenyut mcm nk pecah. 

tanda2 migraine aku ni..
-sakit depan kepala, sampai melarat ke tengkuk
-aku takleh berjalan. bila bjalan je, otak aku rase nk tkluar dr tengkorak. 
-seluruh muka dan tengkuk rasa kebas. 
-aku takleh tengok tempat terang (dah la musim panas kt kedah) . berpinar+btambah ngilu kepala aku ni.
-muntah, muntah 2 kali. mcm banyak angin
-percakapan aku jadi kurang jelas. orang dengar macam aku 'muttering' ,padahal aku bercakap dengan dorang. sebab aku tak boleh cakap kuat2, dan lidah aku jd mcm keras sikit. 

disebabkan ubat doktor bagi tu kurang berkesan, aku google cara2 lain pulak. kau nak tau, nk google ni, aku terpaksa ajak en.faris drive ke jalan besar, 3 kilometer dr umah mil aku! (maxis,digi,celcom,altel dan lain2 telco, sila la pasang pencawang ye). so aku buat la sikit tips2 tu..

-sapu minyak angin. aku guna minyak freshcare roll on ni...aku guna lavender je. bau lain tak masyukk... roll kt dahi, tepi telinga, pastu belakang tengkuk. takyah sapu dengan tangan.

-kain basah. aku standby kain tuala kecik, basahkan dan letak kt muka. lap kat bahu, tengkuk, kepala. memang berminyak je muka aku sepanjang hari raya hr tu. tak berseri langsung. haha!

-mandi. kalau biasenye mandi 3 kali time kt sna, aku up mandi 4 kali sehari.

-sujud lama2. aku sujud lama sikit dari biasa. kalau bukan waktu solat pon, aku sujud gak. especially time dia berdenyut tu. terkejut en.faris bila tengah malam aku bersujud atas katil.. haha!

bila dah berkurang, raya ke-6 tu, aku pegi farmasi. sebab farmasi dah bukak. aku beli ubat tahan sakit yg paling kuat. sebab aku tak larat nk membongkang je atas katil. 
berkesan betul. sebijik je terus lega. 

tapi aku nasihatkan, jgn bergantung kt painkiller ni... bahaya okeh! lepas makan tu, dh lega, dah boleh buat kerja, ok lah. stakat sakit2 sikit tu, takyah makan. takut nanti kau bergantung pada ubat je.

untuk korang yang tak pernah kena, jgn syok sangat... benda ni boleh mnyerang dgn tiba2 je. aku ni pon sampai hari ni masih in disbelief aku kena migraine. dah beranak 2 pulak tu.... tapi aku berdoa, semoga tak kena kerap la...ya allah..serik woi! nasib baik mil dan sil aku semua paham sebab dorg pon rajin kena. kalau dapat family mertua yang tak paham, kompom kena cop pemalas! 

selamat hari raya nohhhh... salam 0-0.. :)

No comments:

Post a Comment

If u got ideas & comments to make my blog better, please leave a comment. Thanks for visiting!