Tuesday, 12 September 2017

TERDESAK

bila dah kawin, dah beranak pinak, tipu la kalau kita ni tak pernah terdesak.

terdesak nak masa sendiri,
terdesak nak pakai duit
terdesak nak anak sihat cepat2.
terdesak nak masak cepat
terdesak nak makan sedap2
terdesak nak sgt bwk anak2 gi short+chaep vacation.


terdesak wehhh...
sampai pernah buat personal loan, ikat 1 tahun..
untuk bawak family pi bercuti murah2 kt area dekat2.
bagi kitorg as long we can afford the mothly payment (tak lebih rm200), kitorg buat je. hahahahah!!!

pernah...bukan tak pernah.
pernah jugak masa gaji standby beli barang dapur basah, sumbat banyak2 dalam peti ais.
sampai masa terdesak ,,,tekak teringin, buat stimbot ala johnnys la, bakar daging cicah air asam la...
sebab teringin. kang klu makan kat luar, mahal. kadang pulak tak sedap.

pernah jugak menangis tepi pintu. sorang2 pulak. berdoa pada Allah supaya anak2 aku sihat. Allah.. masa ni dalam otak dan hati sampai mohon, gantikanlah sakit anak2 tu pada diri sendiri. walaupun nyawa kita jadi galang ganti.
sanggup! kerana begitu terdesak nakkan kesihatan anak2.

pernah...semua pernah. semuanya bukan untuk diri sendiri, tapi untuk keluarga. untuk anak2. padahal diri sendiri kusut masai bekerja mcm nak pitam kt opis hari2.

aku tak kisah org nk judge aku membazir buat loan semata nk bawak anak jalan2...
lantak la. aku yg bayar. tak susahkan org. lgpun kalau tunggu nak kumpul duit utk bercuti, mmg kempunan la kami nk bejalan.

aku tak kisah org judge aku berkira bab makan. pegi je la johnnys tu. bukan mahal pon rm40 je 1 set. beli je la daging siap perap tu. toksah nak berkira nauuuu...
eh?? rm40 per set, dh la x sedap. kang lepas setengah jam lapar balik, nak tambah kena bayor lagi! haha!!! baik aku buat kt rumah. --- bab makan ni bukan aku kedekut. tp restoran zaman sekarang ni, lebih hipster je. rasa kelaut!!

aku tak kisah org judge aku masak sekadar ikan goreng n sambal belacan je kt rumah. org tak tau pesen laki aku mmg makan gitu je dia berselera. org nk kata aku malas, biarkann... yg penting aku masak tu cepat dan blh layan anak2 pulak. en.faris ni dia x suka aku masak beria sangat. kang aku letih. dia x suka tgk aku melepek letih.

dan aku x kisah..org judge aku sebab tak ambik insurans utk anak2... aku dah survey, takat ni blm mampu.. lgpun en.faris ada insurans untuk diri sendiri dr pihak tentera. dia main provider, dia kena ambik. dan insurans anak2 pulak ada jugak dalam pakej dia. tapi bezanya, kami cuma boleh claim dalam hospital gomen je la... sama jugak kan. ikut kemampuan masing2...


point is...kalau kita hidup atas pandangan orang luar, kita akan mati beragan kata org tua... semua nak menepati mata org lain. untuk apa? alaaaaa...meh ikut petua aku. toksah pikir benda remeh.
nak makan, kau makan.
nak beli, kau beli - asalkan kau ada duit lebih utk emergency. haha!
nak bagi, kau bagi.
nak tido, nak bercuti, nak makan cikedis,
nak telan coklat...buat jeeeee...

i always asked myself... "are u happy doing this/that?"
if my answer is yes, i'll do it. if i somehow regret it later, i accept my mistakes. that's all.

No comments:

Post a Comment

If u got ideas & comments to make my blog better, please leave a comment. Thanks for visiting!